Selasa, 18 Jun 2013

PULAUKAN KURMA ISRAEL

Masyarakat Islam Britain merancang untuk melancarkan kempen pada bulan Ramadan ini untuk memulaukan buah kurma yang dihasilkan Israel.
Menurut laporan berita tempatan, kempen itu menggesa supaya semua masyarakat Islam memulaukan buah kurma yang di tanam di penempatan haram di Tebing Barat dan juga Lembah Jordan.

Hampir separuh dari penempatan di Lembah Jordan subur dengan tanaman yang boleh menguntungkan yahudi.
Persatuan Islam Britain (MAB) mengumumkan, ia akan mengambil tindakan terhadap rejim Israel yang memperluaskan penempatan haram di bumi Palestin.
"Kami ingin menjemput semua untuk memboikot kurma Israel,'' kata MAB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini. - AGENSI