Rabu, 19 Disember 2012

Minum Kopi Boleh Kurangkan Risiko Kanser?

London: Mengambil sekurang-kurangnya empat cawan kopi sehari mampu mengurangkan risiko kanser mulut sehingga 50 peratus disebabkan kesan perlindungannya, tanpa mengira sama ada pengguna terbabit adalah seorang perokok atau kaki minuman keras.

Penyelidik dari Persatuan Kanser Amerika Syarikat di Atlanta berkata kesannya bukan disebabkan oleh kafien tetapi beratus-ratus antioksida semula jadi lain yang ditemui dalam minuman terbabit. 

 Persatuan itu berkata ia juga tidak mengira berapa kerap seseorang minum atau mengambil minuman keras.


Keputusan turut mengesahkan kajian sebelum ini kira-kira dua tahun lalu oleh sekumpulan penyelidik lain yang mendakwa bahawa mengambil empat cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kanser sehingga 39 peratus, lapor American Journal of Epidoemiology.

Pengguna di Britain mengambil anggaran 70 juta cawan kopi setiap hari. Minuman popular berkenaan kini sudah terbukti dikaitkan dapat mengurangkan risiko mendapat kanser usus, strok dan penyakit Alzheimer, kata Daily Mail.

Bagaimanapun, mengambilnya terlalu banyak boleh meningkatkan kadar jantung dan tekanan darah manakala wanita hamil dinasihatkan mengehadkan pengambilan mereka kerana dibimbangi kopi berlebihan boleh meningkatkan risiko mempunyai bayi yang kecil. – Agensi

Tiada ulasan: