Sabtu, 27 Oktober 2012

Tutti Frutti Dah Terima Sijil Halal JAKIM


SEMUA rangkaian kafe froyo, Tutti Frutti bakal menerima pengiktirafan sijil serta logo halal yang disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara berperingkat-peringkat selepas menerima pengiktirafan awal pada 16 September lalu.
Pengarah Urusannya, Izham Hakimi Hamdi berkata, Tutti Frutti adalah kafe froyo yang pertama di Malaysia mendapat pengiktirafan halal Jakim.

“Di peringkat permulaan, pihak Jakim mengaudit kira-kira 36 rangkaian kami, namun kelulusan pertama diberikan kepada 10 cawangan terlebih dahulu. “Kami menjangkakan kelulusan baki 26 cawangan akan diperoleh akhir Oktober atau November nanti kerana jumlah keseluruhan rangkaian Tutti Frutti yang beroperasi di Malaysia adalah 107 buah. Kami akan memastikan baki 71 rangkaian lagi akan menerima pengiktirafan Jakim secepat mungkin,” katanya ketika ditemui Bisnes Metro.


Izham berkata, pengguna tidak perlu risau dengan status halal produknya kerana ia mendapat pengiktirafan halal daripada Islamic Services of America (ISA) sejak ia diperkenalkan tiga tahun lalu.

sumber: utusan

Tiada ulasan: