Rabu, 14 Mac 2012

Coklat, tiram, asparagus rangsang seks?????


SOALAN
SAYA telah berkahwin selama tiga bulan. Masalah saya ialah setiap kali bersama suami, saya tiada rasa apa-apa. Tiada yang seronok pun. Adakah saya tidak normal? Hal ini membuatkan saya tidak bersemangat setiap kali suami mahu bersama? Ada ke ubat untuk masalah saya ini?
- Lulu.
Johor
JAWAPAN

Isnin, 12 Mac 2012

Lolipop beracun!!!!!


PEGAWAI  CAP,  NV Subbarow menunjukkan lolipop pendafluor  yang ada bahan kimia berbahaya pada pemegangnya, baru-baru ini.
PEGAWAI CAP, NV Subbarow menunjukkan lolipop pendafluor yang ada bahan kimia berbahaya pada pemegangnya, baru-baru ini.
Batang plastik gula-gula mengandungi bahan boleh sebabkan kanser

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, semalam.
Beliau berkata, Kementerian sudah meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor.
“Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6, iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan 'Jom Sihat' di Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju di sini, semalam.

Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa kementerian berdasarkan alamat pada pembungkus gula-gula itu, didapati alamat yang digunakan palsu.

Baru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya dan menjadi kegilaan kanak-kanak. 
Katanya, berdasarkan ujian oleh Institut Kebangsaan bagi Menguji Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Vietnam, batang plastik lolipop itu mengandungi bahan seperti ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH).

“PAH adalah sejenis bahan kimia yang bertoksik dan hanya digunakan untuk tujuan industri seperti mencairkan cat. Ia boleh menyebabkan kanser atau mutasi gen dalam manusia,” katanya.

Dalam pada itu, Liow berkata gejala obesiti di kalangan penduduk Malaysia meningkat tiga kali ganda iaitu daripada 4.4 peratus pada 2006 kepada 15.1 peratus pada tahun lalu.

Sehubungan itu, penyakit kencing manis di kalangan penduduk negara ini juga menunjukkan trend peningkatan iaitu daripada 11.6 peratus pada 2006 kepada 15.2 peratus pada tahun lalu. – BERNAMA

Ahad, 11 Mac 2012

Makan buah, sayur untuk kacak, jelita

LONDON: Amalan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran bukan saja menjadikan kulit anda cerah sihat tetapi juga menjadikan penampilan lebih menawan. 

Sekumpulan saintis di Universiti St Andrews memantau pengambilan makanan 35 orang dan turut merakamkan gambar mereka sepanjang tempoh berkenaan.
Mereka mendapati, memakan secara purata 2.9 bahagian lebih buah-buahan dan sayur sehari akan menyebabkan seseorang kelihatan sihat dibandingkan dengan orang lain pada akhir kajian, manakala pengambilan tambahan 3.3 bahagian akan menambahkan lagi daya tarikan, lapor Daily Mail.
Buah dan sayur kaya dengan karotenoid yang memelihara daripada kerosakan sel akibat pencemaran dan pancaran ultra ungu dan boleh mencegah masalah berkaitan umur seperti penyakit jantung dan kanser. 

Sebelum ini diketahui bahawa memakan terlampau banyak sayur tertentu seperti lobak merah akan menyebabkan kulit bertukar menjadi oren. 

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada peningkatan kecil pigmen merah dan kuning pada kulit dirasakan oleh orang lain atau apa yang dilihat sebagai daya tarikan. – Agensi

Sabtu, 10 Mac 2012

Minyak Masak Recycle?

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Sabtu meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu kementerian itu mengesan pihak yang menjual minyak masak kitar semula.
Beliau berkata kementerian itu sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kegiatan tersebut.
"Setakat ini 22 buah kilang penghasilan minyak di seluruh negara dikenal pasti mempunyai stok minyak kitar semula tetapi mereka hanya menggunakannya untuk proses biodiesel serta penghasilan sabun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Love and Creative Cuisine Competition" anjuran Wanita MCA di sini.


Pada 6 Mac lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membongkar satu sindiket mengitar semula minyak masak yang sudah diguna sebelum dijual semula kepada orang ramai di pasaran tempatan.
Hasil siasatan mendapati sindiket terbabit akan mengambil atau membeli minyak masak yang sudah digunakan dari restoran di sekitar Lembah Klang sebelum dicampur dengan minyak masak baharu.
Mengulas lanjut, Liow berkata pengilang yang menjual semula minyak kitar semula akan didakwa di bawah Akta Makanan 1983 dan sabit kesalahan boleh dikenakan penalti RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Ditanya mengenai isu lolipop pendaflour yang didakwa mengandungi bahan bertoksik, Liow berkata kementeriannya telah menghantar pegawai ke kilang penghasilan lolipop untuk mengambil sampel bagi menjalankan ujian makmal.
"Kementerian juga menjangkakan laporan ujian makmal akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu dari sekarang," katanya.
Semalam, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dilapor meminta Kementerian Kesihatan mengharamkan segera penjualan lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan bertoksik seperti Ftalat dan Poly Aromatic Carbon (PAH). BERNAMA

Kampung pengasas KFC musnah

  
  • Foto
    KEADAAN berselerak di depan sekolah menengah Henryville, selepas taufan melanda Indiana.
  • Foto
    SEHELAI baju dengan kata-kata `I can’t take it anymore’ dilihat di kawasan kediaman yang dilanda puting beliung di East Bernstadt, Kentucky.
103 puting beliung landa Amerika, dua kanak-kanak antara mangsa ditemui

CRITTENDEN: Sebanyak 103 puting beliung melanda seluruh Amerika Syarikat sejak seminggu lalu, yang turut menyebabkan kerosakan di Henryville, kampung halaman David Kolonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC) di Indiana.
Laporan terbaru memberi sedikit berita ceria apabila seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki ditemui selamat di Salem, Kentucky, tetapi mereka kini menjadi yatim piatu selepas semua ahli keluarga terbunuh akibat puting beliung itu.
Pada Jumaat lalu, 51 puting beliung dilaporkan bergerak di tujuh negeri Amerika menjadikan bilangannya sebanyak 103 sejak lebih seminggu lalu, meskipun angka itu tidak dapat disahkan.

Kawasan paling teruk ‘diserang’ puting beliung di tengah bandar Henryville ialah sebuah kediaman yang menjadi asrama pelajar sekolah rendah, menengah dan tinggi.

Semua pelajar dipindahkan sebelum puting beliung melanda. 

Tetapi, kira-kira 40 pegawai sekolah dan pelajar terpaksa berlindung dalam pejabat sekolah rendah itu, kerana puting beliung terlalu hampir dengan tempat itu dan seterusnya menyebabkan bumbung sekolah tercabut. 
Sementara itu, budak perempuan berusia dua tahun ditemui di sebuah padang di Salem, beberapa kilometer dari rumahnya dan kini berada dalam keadaan tenat.

Dia yatim piatu selepas ibu bapanya, seorang adik berusia dua bulan dan abang, 3, terbunuh dibawa angin, kata jurucakap Hospital Kanak-Kanak Kosair di Louisville, Cis Gruebbel. 

Turut parah ialah seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang ditemui di Henryville, timur Salem.

Jurucakap Jabatan Syerif County Clark, Chuck Adams, berkata budak itu mulanya hilang selepas beberapa puting beliung berkelajuan 281 kilometer sejam melanda kampung halaman Sanders.

Puting beliung minggu lalu mencetuskan kebimbangan penduduk bahawa bencana alam akan lebih teruk pada tahun ini, selepas 550 maut kerana puting beliung di Amerika tahun lalu. – Agensi

Jumaat, 2 Mac 2012

Logo halal ‘pork-free’ Logo halal ‘pork-free’

MELAKA: Arahan supaya semua premis menjual makanan di Malaysia hanya menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang berkuat kuasa sejak dua bulan lalu, masih gagal dipatuhi sepenuhnya.
Tinjauan Metroplus mendapati masih banyak restoran di sekitar bandar ini menggunakan logo halal dipercayai dikeluarkan syarikat swasta bagi menarik kehadiran pengguna Islam.

Malah, ada juga sebuah restoran menggunakan logo bentuknya seakan logo halal Jakim, tetapi di dalamnya tertera ‘pork-free’ atau bebas daging babi. 

Khamis, 1 Mac 2012

Apa dia Hotdog?



Hot Dog, juga dikenali sebagai  frankfurter, mula-mula dicipta di Frankfurt, Jerman,pada tahun 1852. Walau apa pun dipanggil ia adalah  sosej. Hot dog kini dibuatoleh beratus-ratus syarikat di seluruh dunia, dan setiap syarikat mempunyai resipi rahsia sendiri. Secara umum, Hot dog mengandungi:

-daging
-lemak daging
-"Pengisi bijirin(serbuk roti, oat atau tepung)
-Putih telur sedikit
-Rempah (bawang, bawang putih, garam, lada, dll.)




Jika di negara barat antara resipi yang biasa  oat mempunyai resipi yang mengandungi 1.5 paun daging babi,0,75 paun lemak babi, 0.25 cawan serbuk rotiyang berwarna putih telur, sedikit airgaram, lada, bawang besar dan bawang putih secukup rasa. Di negara kita ia menggunakan bahan dari sumber daging yang halal jika ia mempunyai pensijilan halal.

Bahan-bahan ini diadun bersama dalam mesen penggaul daging atau pemproses makanandan kemudian mereka disumbat ke dalam sarung sosej. Ada pelbagai jenis sarung sosej yang digunakan antaranya sarung kolagensintetik,  boleh menggunakansarung semulajadi (Usus kecil haiwan seperti babi, kambing dan sebagainya).




Apabila sosej ini disumbat ke dalam sarung sosej,ia akan di pra-masak  dalam air mendidih dan kemudian disejukkan atau dibekukan . Semua sosej  yang dibeli di kedai adalah pra-matang.Apabila anda sudah bersedia untuk makan satuanda memasak sekali lagi dengan mendidihmenggoreng, microwaveatau memanggang.