Rabu, 15 Disember 2010

Halalkah Udang Geragau?

Search Amazon.com CellPhones for nokia Saya mendapat maklumat daripada pembaca mengenai kegiatan memproses udang geragau untuk tujuan menghasilkan belachan. Gambar-gambar ini diambil ketika beliau mengadakan lawatan ke kawasan penjemuran udang geragau. Mungkin kita beranggapan udang geragau? halal apa? bukan ada khinzir!! Tapi selepas anda meneliti gambar-gambar yang telah dirakamkan ini pasti anda merasakan jijik dan mual. Terdapat pihak yang mengambil mudah perkara berkaitan makanan halal ini, bagi mereka tiada khinzir kira sudah halal sesuatu makanan. Ini menunjukkan mereka tidak perihatin mengenai kefahaman isu halal. Bukan isu halal juga yang berbangkit malah sejauhmana kebersihan dititik berat dalam penyediaan sesuatu makanan. Jika ia telah dibungkus dengan pembungkusan yang cantik, pasti tiada siapa yang tahu.

Udang Geragau


Rutin Pekerja




Anjing berkeliaran

Buat ape tu?

Anjing Mencari Makan


Isnin, 13 Disember 2010

ARAK MASAKAN

Ada saya dengar cerita orang cakap kalau Char kuew Tiew sedap sangat mesti ada rahsia. Betul ke?
Pernah semasa saya menjalankan tugas Chef daripada hotel terkenal telah berkongsi ilmu mengenai masakan cina.


Beliau menyatakan memang ada kemungkinan mereka memasukkan arak masakan ke dalam gorengan Char kuew Tiew untuk mendapatkan perisa yang betul-betul Hor Liaw!!!. Oleh itu pastikan kita sebagai pengguna membeli makanan daripada sumber yang betul-betul disahkan. Saya ada mengambil gambar berkaitan arak masakan di pasaraya berdekatan semalam.



35%Alkohol



Restaurants and Hotels in Malaysia







Ahad, 12 Disember 2010

"Lontong Seksyen 14 Petaling Jaya"

Pada 11 Dec 2010 yang lepas, saya menghadiri satu seminar perniagaan Seksyen 14 Petaling Jaya. Saya bertolak dari rumah jam 7.00am so sampai awal. Cari tempat makan di kawasan penjaja di belakang Digital Mall.Ada satu gerai tu, fuh...ramai orang beratur jadi tanda tanya, apa yang special? Saya pun joint sekali beratur. Rupanya gerai"Mak Yah" menjual Lontong dan Nasi lemak.Saya pun cuba, memang best lontong dia ada sotong, telur rebus goreng,sambal kelapa, kuah kacang dan sambal tumis bilis. Siapa nak cuba boleh ke Seksyen 14 Petaling Jaya.

Tengah Prepare

Lontong

Tokey tengah bungkus order RM 150.00

Pelanggan Beratur Panjang



Tip Halal Hari Ini:

Soalan: "Saya ke pasaraya  berhampiran rumah saya, semasa membeli produk saya melihat label dan mendapati tertera logo halal badan pensijilan Swasta, bolehkah saya mempercayainya?"

Jawapan: "Logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan hanya JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri sahaja. Pensijilan Halal Swasta tidak diiktiraf. Lebih baik dijauhi."