Sabtu, 21 November 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI SAO PAULO BRAZIL

Saya ingat lagi orang kata kalau keluar negeri yang jadi sukar ada dua yang pertama pasal bahasa dan pasal makan. Ini terjadi kepada saya semasa ke Sao Paulo Brazil, kebanyakan masyarakat disini tak boleh berbahasa inggeris dan nak cari makanan halal bukan main susah....





Alhamdulillah, pada hari pertama sampai ke sini kami makan di rumah pegawai Matrade En Khairul Anuar yang bertugas di pejabat MATRADE Sao Paulo. Emmm dapat makan masakan melayu kari ayam, ikan masak sweet & sour, sayur campur dan daging black paper. Bukan main suka lagi, mana taknya selama 15 jam perjalanan makan dalam kabin je..yang rasa masakan arab. Menurut mereka disini susah nak cari makanan halal sebab penduduk muslim tak ramai...dulu pernah ada retoren halal tapi dah tutup sebab tak boleh survive. Restoren tu pun sekarang dah jual daging tak halal sebab untuk serve orang yang bukan muslim. Daging dan ayam (mentah) halal boleh cari kat sini tapi cara masak tak halal. Brazil merupakan antara pengeksport daging dan ayam halal terbesar.

Esoknya turun sarapan ke restoren hotel..alamak! bacon ada, Ham ada, chesee, kena la makan buah jelah...pisang, tembikai dan apel. Nak makan yogurt ada gelatin pulak....balik bilik sambung makan mee segera.

Malam tu kami ke restoren india Tandori makan roti nan je..nan dia lain sikit nipis dan hangus....lepas rindu juga masakan melayu Malaysia. Masa dalam bertugas pihak syarikat sediakan makan tengahhari, Vegetarian (makanan sayuran)....rasa tak best langsung...semua dibuat dari bahan berasaskan sayur (dah buat cek ke dapur ) nasik ada tapi keras semacam, kuah macam dhall, buah...kalau hari-hari makan ni boleh jadi kurus..

Esok terus cari tempat makan baru, jumpa restoren seafood..so makan makanan masakan ikan...cek kat dalam menu dan interview chef bahan ramuan apa digunakan..rasa dia tak sama dengan citarasa kita...orang kat sini suka masak makanan isi garam dengan banyak...semuanya masin...balik ni nak makan asam pedas Parit Jawa..lepaskan rindu masakan Malaysia.

Badan islam di Brazil : Federation of Muslim Association In Brazil, Rua Tejupa, 188 CEP 04350-020, Sao Paulo, SP-Brazil, Tel: 551150310810, E-mail : fambras@ig.com.br

Embassy of Malaysia Trade Office,
771, Alameda Santos, Suite 72, 7th Floor, 01419-001,
Sao Paulo. Brazil. E-mail: saopaulo@matrade.gov.my Website :www.matrade.gov.my Tel: 55113285.2966

Tip:
1) Tanya kedutaan Malaysia, Kawan-kawan yang belajar kat sana,masjid , badan islam tempatan di tempat kita nak pegi.
2) Bila order baca menu dan tanya chef apa ramuan yang digunakan dulu
3)Jangan lupa bawa makanan yang segera (mee segera, ayam masak merah segera dll)
4) Kalau tinggal jangkamasa lama beli periuk nasi sendiri.

Tiada ulasan: