Ahad, 24 Mei 2009

ISU RENNET, BABI ATAU LEMBU????

Salam.

saya ada menerima email yang telah diforward oleh sahabat saya mengenai isu Rennet.
Penulis email telah menyatakan bila tertulis perkataan "rennet" pada bungkusan chesee walaupun ada logo halal ia adalah khinzir. Pada pendapat saya ia tidak berapa tepat....jadi saya masukkan kembali tulisan saya pada tahun lepas mengenai Fatwa cheese.

Berikut merupakan email asal..

FYI...Wallahuaklam


Assalamualaikum,
Terima kasih kerana forwardkan email ni, setelah membaca mesej ini, isteri terus ke peti sejuk mengambil bungkusan chesdale yang kami beli, To our surprise its contain 'rennet' eventhough it was marked halal by NZ Islamic Processed Food Management.. Entah berapa banyak babi telah kami makan... astaghfirullah haana'adzim. Sesiapa yang ada cara sila panjangkan maklumat ini kepada pihak berwajib.

Terima Kasih..

Email #1

Sharing info on CHEESE which is used most in our local food operators & bakery (melalui Ceramah Ust Badrul Amin) last Sunday @ UIA :
Susu memerlukan sejenis bahan yg diperolehi dari perut mamalia (lembu & khinzir) utk membolehkan ianya 'beku' - separa 'beku' dipanggil keju manakala 'beku' jadi 'whey powder'. Both ingredients are used widely in our daily food intake - pizza(s), cheese cakes, tart cheese or anything with cheese, cookies etc. The big Q - even if bahan dari perut 'lembu' being used to make the cheese - how do we know 'lembu' tu disembelih mengikut syariah Islam? How do we know the same 'lembu' being used in our food intake?

Unless, we (muslim) produced our own cheese - is there any in our local market? Pls share.

Conclusion - even tho memang payah, cuz kena explain panjang-lebar ngan my kids, InsyaAllah, Pizza Hut, Domino, anything contains CHEESE - gonna be NO NO from now on. This is not boikot but - menjaga akidah kita, semampu kita, within our control/power kerana ALLAH melalui penjagaan makanan kita yg akan menjadi darah daging.

Email #2

Talking about cheese, as said by ustaz, memang betullah untuk bekukan cheese tu, they need bahan dari perut khinzir atau lembu. Masa di States dulu, I studied Human Nutrition and my Jewish Prof. memang every now and then masa tu kept reminding me to check cheese yang I beli untuk class commercial food production, cos dia jewish pun tak makan khinzir, I mesti pastikan dari ingredients cheese tu yg bahan pembekunya must be
pepsinogen [lembu] dan bukan rennet[khinzir]. Kalau di States, 70% cheese guna rennet. 


Jawapan mengenai email diatas berdasarkan Fatwa yang telah dikeluarkan...

Wednesday, October 22, 2008

Keju Sebagai Bahan Makanan

Terima kasih kepada ida sebagai pembaca setia blog saya ni. Ida minta saya menerangkan hasil keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengenai isu renin/renet.



Ikuti keputusan tersebut dibawah:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa : Kali ke-26

Tarikh: 7-8 Mac, 1990

1. Hujah/Ulasan

(a) Muzakarah mengambil maklum akan penjelasan yang telah disampaikan oleh Dr. Abu Bakar Hussain dari Bahagian Teknologi Makanan MARDI seperti berikut:

  • Keju merupakan makanan harian yang berkhasiat kerana ia mengandungi vitamin, protin, lemak, kalsium dan zat besi. Kebanyakan keju dihasilkan daripada susu lembu, tetapi oleh kerana susu ini cair maka untuk memendapkan pepejal yang ada dalam susu, ia mesti digunakan "enzime" dalam pembuatan keju yang dikenali sebagai "renet".
  • Enzime boleh diperolehi daripada tumbuhan atau pun kulat, tetapi enzime daripada anak lembu adalah yang paling baik untuk membuat keju. Selain enzime anak lembu, ia juga didapati daripada anak kambing, anak biri-biri dan anak babi. Enzime daripada anak lembu adalah yang paling praktikal kerana dagingya boleh dijual dengan harga yang mahal. Perut anak lembu itu dikeluarkan dan dikeringkan, untuk mendapat enzime yang dipanggil renet. Renet itu dimasukkan sedikit sahaja ke dalam susu untuk menjadikan keju.
  • Kebanyakan keju yang diimport oleh Malaysia adalah datangnya dari negara-negara bukan Islam. Timbul keraguan tentang keju yang diimport itu, sama anak binatang yang diambil renet itu daripada binatang yang halal atau tidak. Dan jikalau binatang halal adakah anak binatang itu disembelih secara islam.
  • Kebanyakan keju di pasaran hanya ditulis dengan perkataan renet sahaja tanpa ditulis punca asal renet itu diambil sama ada daripada binatang halal atau tidak.
(b) Muzakarah mengambil ingatan di atas pandangan-pandangan seperti berikut:

  • Renet atau "infah" yang dijadikan enzim untuk membuat keju itu diambil daripada anak binatang, sama ada ianya daripada binatang yang halal atau pun tidak.
  • Menurut pendapat Mazhab Syafie dalam kitab"  " Jilid 1 karangan Wahbah Zahili, bahawa dimaafkan daripada infah iaitu renet yang digunakan untuk membuat keju, juga seperti dimaafkan alkohol untuk membuat ubat dan bau-bauan. Dimaafkan juga seperti ulat yang mati di dalam buah, selama ulat itu tidak dibuang dan dimasukkan kembali ke dalam buah tersebut , dan selama mana ulat itu tidak merubah keadaan buah itu sama ada dari segi warna, rasa dan bau.
  • Menurut mazhab Abu Hanifah dalam Majmu' Fatawa Sheikh Al-Islami Ibnu Taimiyah Jilid 21, ada pendapat yang mengatakan keju adalah harus dimakan dan ada pula pendapat yang mengatakan keju tidak harus.  Pendapat yang mengatakan keju adalah harus, mereka berhujah bahawa pada zaman Sahabat, keju dimakan adalah yang diimport daripada orang-orang Majusi. Pada hal sembelihan orang-orang Majusi adalah tidak boleh dimakan.
  • Menurut satu pendapat daripada Imam Ramli, seorang ulama' Shafie, seperti yang dinaqalkan oleh Sheikh Zainal Abidin Ibnu Muhamad Al-Fathani di dalam kitab"  " Juzu' Pertama bahawa "jubnun atau keju itu halal dan boleh dimaafkan"
  • Ulama'-ulama' Islam juga berpendapat bahawa ukuran sesuatu bahan itu najis atau pun tidak adalah berdasarkan kepada sesuatu benda yang najis itu adakah boleh merubah sesuatu bahan makanan dari segi warna, rasa dan baunya. Selagi bahan makanan itu tidak berubah, maka ia boleh dimakan.

2) Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut secara islam.



Sumber : JAKIM

Jadi kesimpulanya keju adalah harus untuk dimakan dengan syarat jika renet diambil daripada binatang yang disembelih menurut secara islam. Wassalam...



1 ulasan:

Unknown berkata...

Ive rad something in the past that chymosin or rennet can be produced from nonpathogenic and nontoxigenic strains of bacterium, yeast or filementeous fungi. But further reading shows that these microorganism had been transform with a plasmid vector containing DNA (calf prochymosine A Gene) . This is for chymosin A. So still though claim from bacteria further reading and investigation is required.