Sabtu, 30 Mei 2009

Fatwa Pengunaan Wine Vinegar (Cuka Wain)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke - 76


Tarikh : 4-6 April 2006


Keputusan Muzakarah :

" Haram menggunakan Cuka Wain ( Wine Vinegar ) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal."



Komen:

Ada yang menggunakan wine yang mempunyai 10-11% alkohol, kerana alkohol yang tinggi boleh merencat bakteria yang mengubah kepada wine. Jika kandungan alkohol terlalu rendah, wain vinegar tidak akan menjadi. cara mudah mereka menghasilkan secara kecil-kecilan ialah dengan membiarkan 3/4 botol berisi wine dibiarkan terbuka dan disimpan didalam tempat suam untuk beberapa minggu.




Tiada ulasan: