Ahad, 19 April 2009

"Awas Peminat Teh!!!"

Penemuan bahan pewarna (Auromine O) yang dilarang penggunaannya dalam makanan pada 20 jenis produk daun teh diimport dari Negara Myanmar oleh Kerajaan Singapura.

Auromine O juga dikenali sebagai Basic yellow 2 adalah diarylmethane dye yang digunakan sebagai pewarna florescen. Maklumat berkaitan kesan bahan ini kepada manusia adalah terhad, walaubagaimanapun bahan ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit, mata dan saluran pernafasan. Kajian pada haiwan menunjukkan bahawa bahan ini mempunyai kesan toksik melalui pernafasan, makanan, sentuhan kulit dan mata.


Sila Rujuk website AVA Singapore   (http://www.ava.gov.sg/) untuk maklumat lanjut di bawah topik "Recall of Tea Leaves Products from Myanmar". .

So hati-hati kalau nak minum teh, nanti takut perut bersinar...(pewarna florescen).


Tiada ulasan: