Ahad, 28 September 2008

Emulsifier E471

Pernah satu ketika kita dihebohkan ada sesetengah produk makanan tidak halal kerana dikatakan mengandungi E471 yang kononya adalah bahan berasaskan khinzir.

Ingin saya betulkan disini bahawa ini adalah tidak tepat sama sekali.

Sebenarnya E471 adalah merujuk kepada bahan emulsifier makanan yang bertujuan sebagai aditif makanan, biasanya digunakan untuk makanan yang melibatkan lemak dan air contohnya ais krim, kek, coklat dan lain-lain.

Berfungsi untuk memudahkan percampuran bahan yang berasaskan minyak dan air bergabung, kalau tidak kita tak dapat makan ais krim yang sedap, Kerana nanti susu dan air berpisah, sterusnya akan menjadi "ais krim Malaysia" yang keras tu..

Sumber untuk pembuatan E471 ini sama ada tumbuhan atau haiwan. Jika tumbuhan tiada masalah..tetapi jika haiwan (tidak semestinya khinzir) perlulah dipastikan haiwan yang halal atau tidak dan disembelih atau tidak..

untuk maklumat semua, produk yang telah mendapat sijil halal Jakim (Malaysia) / Produk Malaysia adalah menggunakan E471 yang diperbuat daripada tumbuhan iaitu dari minyak kelapa sawit, oleh itu tidak perlulah kita risaukan..

Moga artikel ini dapat membantu kita membuat pilihan untuk membeli produk makanan.

Sabtu, 27 September 2008

Halal Oh Halal...

Banyak diperkatakan mengenai isu halal mengenai makanan yang kita makan,pakai dan lain-lain.
Bermula hari ini saya akan bincangkan isu-isu yang berkaitan dengan halal dari aspek sains dan teknologi makanan, supaya kita boleh gunakan sebagai ilmu dan panduan untuk memilih makanan yang benar-benar halal.